SEJARAH PEMBINAAN SEKOLAH
1949 - DYMM Sultan Johor Almarhum
Sultan Ibrahim mengkhairatkan 25 ekar tanah untuk Institut Canossian bagi
kegiatan kebajikan dan pelajaran.
03.03.1950 - Batu asas pertama telah
didirikan oleh H.E. MONS. M. Olcomendy dari Singapura.
Januari1951 - Sekolah Rendah mula
dibuka dengan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris dengan bilangan pelajar
seramai 300 orang di sekolah rendah.
Januari1954 - Sekolah Menengah dibuka
dan kumpulan pertama calon peperiksaan Senior Cambridge mengambil peperiksaan
dalam tahun 1958.
05 Disember 1956 - Hari Sukan Pertama,
perasmian padang dilangsungkan.
1960 - Institut Canossian
membelanjakan RM25 000 untuk projek sekolah menengah (RM23 000 daripada bantuan
kerajaan) dengan 11 buah bilik darjah, sebuah makmal dan dua bilik sains 77
Sebuah makmal sains dibina.
1983 - Dewan badminton siap
dibina. 1989 - 8 buah bilik darjah, bilik Bimbingan & Kaunseling,
Stor SPBT, Stor Sukan (Blok B) dibina.
1995 - Blok D (Bengkel KH)
dibina. 2003 - Blok E dan Perpustakaan dibina dan digunakan.
2009 - Bilik tambahan dibina di Blok E
dan mula digunakan.
2010/2011 - Bangunan baru makmal
komputer siap dibina.
MATLAMAT SEKOLAH
Semua pelajar menerima pendidikan yang
sepenuhnya. Segala aktiviti pendidikan adalah untuk membentuk individu
yang lengkap dari segi intelek, sosial, emosi dan rohani. Nilai-nilai mulia
yang membawa erti dalam hidup disampaikan kepada pelajar melalui suasana
sekolah dan 'personnel'. Berpandukan semangat pengasas kami, semua pelajar terutamanya
yang susah dan lemah diberi bantuan dalam pembelajaran. Latar belakang keluarga
dan kemampuan diberi pertimbangan dalam merancangkan kurikulum serta aktiviti
kokurikulum sekolah.
FALSAFAH SEKOLAH